Sunday, 24 June 2012

Sesi PEKA 2012/2013

Dengan ini, saya menyerahkan blog ini kepada pengganti jawatan saya bagi biro ini iaitu kepada saudari Syaqeerah binti Md Daud @ Ismail.

Selamat bekerjasama dengan saudari Sya yea ;)

Good Luck & All the Best!

Monday, 14 November 2011

Pendaftaran di CPC

Selamat sejahtera semua!

Untuk makluman anda ,
semua pelajar tahun akhir dikehendaki untuk mendaftarkan diri di Pusat Penempatan Kerjaya ( Career Placement Center ) / CPC yang bertempat di First Floor , Kompleks Mahasiswa , Universiti Putra Malaysia.

Dengan pendaftaran tersebut , CPC akan menyediakan peluang kerjaya yang berkenaan dengan mahasiswa yang mempunyai kelayakan tertentu jika terdapat syarikat luar yang ingin mengambil pekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir UPM.

Di samping itu , pelajar tahun akhir yang telah berdaftar dengan CPC boleh menghantar resume masing-masing ke CPC untuk disemak.


Laman web rasmi CPC :  www.cpc.upm.edu.my


No tel CPC : 03- 89471319


No fax : 03- 89471124


Facebook : https://www.facebook.com/CPC.UPM


Waktu Beroperasi : Isnin - Khamis -->  0800 - 1300hrs dan 1400-1700hrs
                               Jumaat --> 0800- 1215hrs dan 1445- 1700hrs


Untuk sebarang pertanyaan , sila rujuk nombor CPC di atas atau bertanya terus kepada saya sendiri =)

Sekian, harap maklum!

Brochure dan bookmark dari CPC

Thursday, 22 September 2011

Pameran Biro

Pada Jumaat Ini iaitu 23 September 2011 akan diadakan Pameran Biro oleh semua biro di bawah Majlis Tertinggi Mahasiswa Sesi 2011/2012 Kolej Canselor.

Harap semua warga turun dan berkunjunglah ke mana-mana pameran biro yang ada.

Paling penting sekali, bagi sesiapa yang berminat dalam PEKA , sila berkunjunglah ke pameran kami dan mendaftar bawah PEKA =)

Tariklah kawan-kawan sekali turun untuk memeriahkan lagi pameran tersebut! =D

Kita Jumpa nanti !

Monday, 20 June 2011

Episod Pengenalan kepada Biro Pembangunan Kerjaya dan Alumni

Memperkenalkan BIRO PEMBANGUNAN KERJAYA DAN ALUMNI .




  • Biro ini juga dikenali sebagai PEKA.






  • Merupakan biro terbaru dalam Majlis Tertinggi Mahasiswa ,Kolej Canselor , Universiti Putra Malaysia dalam sesi 2011/2012 ini.






  • Felo pemantau untuk PEKA adalah Puan Mazila Ghazali yang juga merupakan Ketua Felo bagi Kolej Canselor.




  • Exco Biro PEKA 2011/2012 ialah saudari Che Wei Sien.






  • Jika warga kolej mempunyai sebarang masalah yang berkaitan dengan pencarian kerja selepas bergraduat atau sebarang urusan yang berkaitan dengan alumni ( bekas warga kolej ), anda bolehlah berjumpa dengan exco biro PEKA iaitu saudari Wei Sien.







  • Untuk sebarang pertanyaan atau aduan , anda boleh terus berjumpa dengan saudari Wei Sien atau dengan meninggalkan komen anda semua di sini.






  • Blog ini juga akan sentiasa dikemaskinikan untuk terus memberi maklumat yang warga perlukan.




Sekian saja untuk Episod pengenalan bagi PEKA.  


Jumpa lagi untuk episod seterusnya !!